CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 Februari 2009

=)

“Wanita-wanita yang baik-baik itu untuk lelaki-lelaki yang baik-baik dan lelaki baik-baik itu untuk wanita-wanita yang baik-baik.” [QS. An Nur : 26]

Kiranya Tiada Cinta Anak Adam Untukku, Cukuplah Cinta Allah Menjadi Penyuluh Hidupku, Kelak Akan Ada CINTA Untukku..Dari Insan Yang Menyintai Allah..Sebagaimana Cintaku TerhadapNya

Apa Itu Cinta

Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah. Namun, perasaan ini haruslah dijaga, ie.

"You must be the master of your feelings, don't let your feelings be the master of you"

Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah. Bak kata orang tua-tua:

Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan,
Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan...

.....Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya.....

Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.

Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.

"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu."
(surah Al-Maida: 3)

Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.

Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...

Khamis, 5 Februari 2009

TIPS UNTUK PELAJAR

Here is Just Some few tips for u Guys yg exam....
Bacaan yang harus di baca sewaktu dlm keadaan nervous/gugup or terlupa:

"Ya Qalbi Laa Takhaf, Laa Tahzan... Innallaha Ma'ana "

Selayaknya sewaktu membaca doa di atas... tangan kanan diletakkan di atas hati. Insya-Allah, Hati akan berasa tenang begitu juga dengan Otak...

Bacaan sewaktu berasa stress:
Doa Nabi Yunus:
"La Illaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzalimin"

Doa ini di baca oleh Nabi Yunus sewaktu Baginda di dalam perut ikan Nun... Sewaktu berasa sedih.. doa inilah yang dibaca Baginda.. Dan dengan izin Allah S.W.T.. Ikan Nun tersebut terdampar di tepi pantai dan Baginda pun selamat..

Amalkan Juga doa penerang Hati:
"Allahummaftah A'laina Hikmata Wansyur A'laina Min Khaza inni Rahmatika Ya Ar-hammar Rahimin"

Doa Sebelum Belajar:
"Allahummarzuqna Fahman Nabiyyin, Wahifzalmursalin, Wa il Haa Malmalaa ikatil Muqarrabin, Birahmatikaa Yaa Ar-Hamarrahimin.."

"Rabbi dzid Ni 'Ilmaa.. Warzuqnaa Fahmaa"

There's Another tips as well...

Biasanya Lupa atau nervous ini semua hasutan syaitan...
- Bacalah Al-Fatihah
-Ayatul Kursi
- Al-Insyirah (Sebagai Penerang Hati)
- Al-kauthar (Supaya Menahan Diri Dari kemarahan dan mengeluarkan kata2 yg kurang elok)
- 3 Qul iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas...
and finally.. Jgn lupa selawat banyak2 oryte~~
last but not least..
"Jangan Harapkan Doa.. Berusahalah.. Tanpa Usaha Doa Hanya Sia-sia" =)

To those yg got some more tips.. please share with me ayte?

Isnin, 2 Februari 2009

HYE.. I'M BACK

Assalamualaikum Warahmatullah...

Setelah menemukan beberapa halangan.. :p apakan~
I'm back.. soo people.. mesti semua urg mau tau who am i ryte?
Here I uploaded my pix.. hope u dun like it :p ehehe..

Hish! ni gara2 kawanku ni.. katanya rah aku.. kalau mau bedakwah.. jangan takut di ucap bangga diri.. soo it's tyme for exposure.. n for u who want to know who am i.. Col me Azamri or hafi k? spelling Huffey... ehehe..Insya-Allah i will be back someday.. with lots of great stories.. and insya-Allah.. since connection is ok already.. I will be updating at least once a week.. soo to anyone.. yg wanna share stories or ilmu with me.. jgn malu jgn segan.. send me email k? nobodisperfect_77@hotmail.com

seeing org menderita di tv d gaza.. i can't imagine how strong their heart are.. sdih sangat.. i cry watching.. kesian kanak2.. ya Allah hancurkanlah israel serta sekutu-sekutunya... The other day ada kutipan derma di college untuk Gaza.. i ask my instructor.. "kalau derma aku ke sana boleh?" bknnya apa.. kesian kn? nada urg tolong drg.. where goes jihad? where goes Fi Sabilillah? Where goes loving islam? kn jadi padang jarak padang terkukur dh tempat a2.. Mana kuasa kuat? Tunduk? Dasar KAFIR!!

Finally, i faced few bad news..well.. all i can say is.. Ya Qalbi La Takhaf.. La Tahzan Innallah ma'ana... Hasbunallahi Wa Ni'mal Wakiil..La illaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin..

Sekian... Wassalam.. And to all my frenz yg reading.. Sorry ok? Now u guys know me kn? To my close fren yg tau blog ani aku punya.. jgn marah aku jua.. sorry~~~


Khamis, 1 Januari 2009

RINDUKU PADA AINUL MARDHIAH

Few days ago... I was watching TV3 bulletin Utama sambil baca buku yg ana pinjam dari Habibah.. Dat book was totally fun.. cuma aku sdih sikit.. sal banyak ilang pagenya.. while reading Ainul Mardhiah's part.. I Was Sleeping... Dalam tidur atu inda plg aku jumpa Ainul Mardhiah.. Kalau aku jumpa mesti aku pengsan kan? It's just.. aku bermimpi.. Aku menangisi AINUL MARDHIAH.. Mungkin orang pikir aku gila.. Sebab aku terlalu berharap menginginkan Bidadari TERCANTIK SYURGA.. mungkin kerana terlalu di sakiti aku tidak mahukan seorang manusia.. Tetapi mahukan bukti cinta sejati .. AINUL MARDHIAH... Wassalam.